PENGENALAN
Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities – PLC) merupakan satu pendekatan yang baharu dicetuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia rentetan daripada inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area - NKRA) Pendidikan. Program Transformasi Kerajaan (GTP1.0) telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu NKRA yang mana fokusnya ialah untuk membolehkan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan mampu menguasainya dengan baik.
Matlamat NKRA Pendidikan ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan memberi fokus kepada empat sub bidang iaitu PraSekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar. PLC terbukti telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Dalam dunia pendidikan istilah komuniti pembelajaran telah digunakan dalam pelbagai situasi. Ia dikatakan sebagai membawa amalan-amalan di dalam kelas ke dalam komuniti. Ia juga dikatakan sebagai mempelawa personaliti dari luar sekolah ke dalam sekolah untuk mengukuhkan kurikulum dan pembelajaran murid.
Astuto dan rakan-rakan (1993) menyatakan terdapat tiga komuniti yang saling berkait iaitu (1) komuniti profesional pendidik, (2) komuniti pembelajaran guru dan murid, dan (3) pihak-pihak yang berkepentingan dalam komuniti (atau PIBG). Astuto dan rakan-rakan menyimpulkan PLC sebagai usaha berterusan guru-guru dan pentadbir sekolah berkongsi pembelajaran untuk kebaikan dan kemajuan sekolah.
Konsep PLC merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik .(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )PLC juga boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.
Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.
Tuntasnya, PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Justeru, untuk meningkatkan kemahiran guru dan meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kualiti secara menyeluruh, semua sekolah digalakkan untuk melaksanakan PLC demi merealisasikan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor.
OBJEKTIF
Tugas Guru Selepas PLC dijalankan
Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.

- Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).
- Menzahirkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjayakan PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh dan bersepadu.
- Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
- Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.
- Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
- Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain (coaching partnership)
- Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
- Mempopularkan dan membudayakan PLC sebagai strategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru- guru di Malaysia.